ASSALAMUALAIKUM

Semoga bermanfaat untuk islam dan sahabat

Rabu, 12 Februari 2014

DiAnTAra TulaNG rUSuK AdAnYA MuSuH nO 1 MAnuSIa????

Bismillahhirahmanhirahim....
Allahummasollih ala muhammad wa ala ali muhammad....

Assalamualaikum sahabat sekalian..Alhamdullilah sudah lama ana biarkan blog ini....terbiar begitu sahaja tanpa pengisian yang bermaanfaat....(-__-)

Sebagai seorang pelajar kadang2 masa mencemburui kita...seakan air yang mengalir dan terbuang begitu sahaja jika tidak digunakan dengan sebaiknya...Namun bertuahlah mereka yang mengunakan kan masa dengan sebaiknya seperti dalam surah Al-'asr...

Sahabat rahimallah..terima kasih masih sudi berkunjung ke blog ana yang tak berapa....yang hanya sedikit penkongsiaan ilmunya...namun Insya Allah bermanfaat jika dihadam dan disemai di hati....Sahabat, untuk mempelajari imu agama itu bukanlah hanya untuk orang tertentu.Terutama kita sebagai pelajar yang ambil kos diluar bidang agama beranggapan bidang agama itu tidak penting...padahal ilmu agama(fardu ain) itu wajib...ilmu inilah yang akan mendekatkan kita pada Allah...jika dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah...

Sebelum saya menulis blog ini saya telah pun membuat sedikit kajian dalam buku dan pertanyaan kepada sahabat ana yang ambil bidang agama tentang tajuk saya pada hari nie...sebelum tu marilah saya perkenalkan musuh no 1 kita dahulu...(bagi suspen dulu...>...<). Ada satu syair yang didendang dalam bahasa arab,tapi ana ambil bahasa melayunya sahaja...

Nafsuku sentiasa mengajakku
pada perkara yang membahayakan
dan memperbanyakkan penyakitku
bagaimana caranya menghindari dari musuh
jika ia berada di antara tulang rusukku 

Lebih kurang begitulah lah bunyinya...jadi, sahabat yang dimuliakan Allah...Musuh kita yang paling hampir dan berbahaya ialah nafsu ... kata orang x  kenal maka x cinta...tapi nie lain pulak...kita kenal maka kita benci...Apakah maksud nafsu sahabat???nafsu itu adalah keinginan...Kita akan berkeinginan kepada sesuatu terutama kepada benda yang seronok(makanan,hiburan,dan sebagainya)..

Imam Al-ghazali berkata dalam kitabnya Minhaajul Abidiin nafsu itu berbahaya kerana dua perkara:
              1.Nafsu adalah musuh yang datang dari dalam tubuh
                 -Jika seorang pencuri berasal dari rumah,maka cara untuk menangkapnya sangat sukar dan 
                   kerugian yang di timbulkan pun besar.

             2.Nafsu adalah musuh yang disukai.
                 -Jika seseorang jatuh cinta,biasanya seseorang tidak melihat kekurangan yang ada pada
                    kekasihnya

Kerana itulah sahabat kita ini kenalah berhati2 dengan musuh kita ini dan sentiasa berwaspada agar tidak cenderung kepada kemaksiatan.nafsu ini bukan sahaja bahaya kepada malahan membawa kesan negativeJika tidak dikawal akan memudaratkan dir.Keinginan ini dapat kita kawal dengan baik jika kita sentiasa melakukan perkara yang baik. Para ulama mengatakan ada tiga cara untuk mengurangkan nafsu:

1. Menahan kesenangan nafsu(mujahadah)
2. Mebebankannya dengan ibadah(puasa)
3. Memohon pertolongan Allah(berdoa)

Insya Allah dengan mengenali nafsu ini semoga kita terhindar darinya...Ana mula terfikir untuk menulis topik ini kerana binggung tentang maksud nafsu, dalam kitab Al-fath ar-Rabbani Wa al- faid ar Rahmani oleh syeikh Abdul Qadir Al-Jalani terlalu banyak menulis perkataan nafsu yang membuat ana nekad untuk mengkaji maksud nafsu....namun, dalam penulisan saya ini mungkin ada yang kurang..jika ada kesalahan harap diperbetulkan...Insya Allah musuh yang kedua akan ana bincangkan pada lembaran seterusnya...

Sehingga bertemu lagi..Insya Allah...sekian terima kasih..Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan